Jajahan Kuala Krai mempunyai keluasan 2,329 km persegi atau 910 batu persegi bersempadanan dengan Jajahan Machang di Utara dan Jajahan Gua Musang di Selatan. Manakala di sebelah Timur ia bersempadanan dengan Negeri Terengganu dan di Baratnya ialah Jajahan Jeli.

Keluasan Jajahan Kuala Krai berbanding dengan Negeri Kelantan adalah sebagaimana berikut :-

 Jajahan

Keluasan

Kelantan

1,492,200Hek/14,922km2

Kuala   Krai

222,500Hek/2,329km2

Sumber : UPEN

 

Bentuk mukabumi jajahan ini berbukit bukau di sebelah Timur, Barat dan Selatan serta pamah di sebelah Utara. Kedudukan tanah tinggi daripada aras laut kebanyakannya antara 153m - 305m. Manakala aras yang tertinggi ialah melebihi 915m iaitu sebelah bersempadan Jajahan Jeli.Ketinggian mengikut keluasan adalah sepertimana berikut :-

Ketinggian

Keluasan(Hek)

Kurang   150

192,189

151   - 130

14,250

306   - 915

23,250

Lebih   916

6,000

Sumber:  Laporan Pelan Struktur.

 

Terdapat dua Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Daerah Kuala Krai Utara mentadbir kawasan seluas 12,494 hektar manakala Majlis Daerah Kuala Krai Selatan merangkumi 162,128 hektar. Manakala bakinya ialah 60,611 hektar adalah di luar Pihak Berkuasa Tempatan.

DAERAH
  BATU MENGKEBANG

DAERAH
  OLAK JERAM

DABONG

  • Mukim   Batu Balai
  • Mukim   Batu Jong
  • Mukim   Batu Lada
  • Mukim   Bedal
  • Mukim   Chenulang
  • Mukim   Enggong
  • Mukim   Guchil
  • Mukim   Kenor
  • Mukim   Sungai  Durian
  • Mukim   Keroh
  • Mukim   Mengkebang
  • Mukim   Kuala Nal
  • Mukim   Kuala Pertang
  • Mukim   Mambong
  • Mukim   Pahi Barat
  • Mukim   Pasir Kelang
  • Mukim   Sri Kenangan
  • Mukim   Telekong
  • Mukim   Temalir
  • Mukim   Tualang
  • Mukim   Chuchoh Puteri
  • Mukim   Gajah Barat
  • Mukim   Gajah Timur
  • Mukim   Lata Rek
  • Mukim   Manek Urai Selatan
  • Mukim   Manek Urai Utara
  • Mukim   Manjor Selatan
  • Mukim   Manjor Utara
  • Mukim   Peria
  • Mukim   Sungai Sam
  • Mukim   Kandek
  • Mukim   Kuala Gris
  • Mukim   Pergau
  • Mukim   Kuala Stong
  • Mukim   Serasa