Persatuan Wanita di komuniti Mengkebang kebanyakannya menceburi bidang pertanian seperti tanaman getah, tanaman serai, lada dan bermacam tanaman lagi. Ada sesetengah kalangan wanita yang menceburi bidang perniagaan. 

Persatuan wanita ini juga aktif dalam program kerjasama dengan pihak KOSPEN dan KRT. Mereka akan sentiasa mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang diadakan. Dalam program yang berbentuk ilmiah pula mereka mengadakan bacaan Yasin dan kuliah agama.