IMG 4829

 

GALERI KUALA KRAI telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Teramat Mulia Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra pada 03 November 2014. Di galeri ini mengumpulkan bahan-bahan dan artifak lama sejarah awal Kuala Krai. Lokasi Galeri Muzium ini terletak di tengah bandar Kuala Krai bersebelahan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai. 

MASA LAWATAN :

Sabtu - Rabu : 8.30 a.m - 4.45 p.m
Khamis : 8.30 a.m - 3.30 p.m
Jumaat : Tutup

TIKET :
Dewasa : RM 2.00
Kanak-kanak : RM 1.00
Pelancong Asing : RM 4.00


air terjun lata berangin 0 500x333

 

  • Air Terjun Lata Berangin terletak di Rancangan Pembangunan Tanah (RPT) KESEDAR Sungai Pas. Ianya boleh dikunjungi melalui jalan yang terletak diantara  Lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang. Ianya terletak kira-kira 18km dari Bandar Kuala Krai. Lata Berangin yang mempunyai air terjun setinggi 120 meter telah menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negeri. Kolam yang terdapat dikawasan tersebut selamat untuk bermandi-manda. Kawasan Air Terjun Lata Berangin juga sesuai dijadikan sebagai tempat perkhemahan secara berkumpulan. Air terjun ini dikatakan diberi nama Lata Berangin kerana angin yang terdapat di kawasan kolam utama air terjun tersebut. Menurut pengunjung, udara di kawasan Lata Berangin ini sangat nyaman dan elok untuk dijadikan sebagai destinasi riadah bersama keluarga. 

 

Jambatan Gantung Sultan Ismail

image_gallery.png

 

Jambatan Gantung Sultan Ismail dikenali sebagai Jambutan Gantung Sungai Nal lantaran ianya dibina merentangi Sungal Nal yang juga menghubungkan jalan dari Kuala Krai ke Machang. Jambatan ini telah dirasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Ibni Sultan Muhammad IV pada 19 April 1932. Jambatan ini juga merupakan satu-satunya jambatan gantung di Kelantan yang mana jambatan inilah yang menjadi laluan utama menghubungkan penduduk sekitar Kota Bharu dengan daerah ini. Terletak kira-kira 11 KM dari Bandar Kuala Krai.

Reka bentuk jambatan ini menggunakan besi keluli yang begitu teguh dan kuat. Berdasarkan struktur binaanya, jambatan ini dilihat menyerupai kebanyakan jambatan lain yang ada di Eropah. Walaubagaimanapun, pada tahun 1986, jambatan tersebut tidak lagi digunakan sementelah adanya jambatan baru yang dibina bersebelahannya. Selepas itu, Jambatan Gantung Sultan Ismail ini telah dijadikan sebagai warisan sejarah Kelantan.