selamatdatang1.png

PUSAT EKONOMI DIGITAL Mengkebang mengucapkan Selamat Datang dan Terima Kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal kami. PEDi Mengkebang merupakan sebuah program yang dipelopori oleh pihak Kerajaan dan dikelola oleh MSD Digital Intelligence Sdn Bhd di bawah agensinya iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Telekom Malaysia bertujuan untuk :-

 

        • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
        • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi dan internet.
        • Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan.
        • Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan.
        • Meningkatkan kadar penembusan Jalur Lebar Selaras dengan Inisiatif Jalur Lebar di peringkat nasional.

 

Dengan kewujudan PEDi, masyarakat adalah diharapkan akan dapat untuk memanfaatkan dan mengambil peluang menambahkan ilmu pengetahuan seterusnya mengaplikasikan pengetahuan tersebut bagi kebaikan bersama, serta dapat bersama-sama menyumbang untuk kemajuan dan kemakmuran negara Malaysia yang tercinta ini. Berikut adalah caj bagi perkhidmatan yang disediakan di PEDi.

 

 

PUSAT INTERNET MENGKEBANG

HADAPAN SEKOLAH KEBANGSAAN BEDAL

18000 KUALA  KRAI, KELANTAN.