Durian Kunyit

Pertanian merupakan sumber pendapatan kepada sesebuah negeri dan negara. Di Kelantan yang majoriti rakyatnya mengusahakan tanaman dan memproses produk sendiri yang di pantau oleh pihak kerajaan di bawah Industri Kecil Sederhana dalam membantu sosio ekonomi mereka. Untuk pengetahuan umum di Kampung Bedal Kuala Krai Kelantan terdapat satu Projek Tanaman Durian Kunyit yang mana Durian Kunyit ini merupakan sejenis durian yang tersohor di seluruh Malaysia. Permintaannya amat luar biasa apabila tiba musim durian dan boleh di katakan pembeli mestilah membuat tempahan dahulu sebelum durian itu luruh. Tanaman Durian Kunyit ini memberikan hasil yang lumanyan kepada pengusaha tanaman tempatan. Projek ini juga berada dibawah kendalian Pejabat Pertanian Daerah Kuala Krai.

 

8

 

 

9