Celik IT - Mohamad Amin bin Khaidir

KELAS ICT

Nama  : Mohamad Amin bin Khaidir
Umur : 43 Tahun
Ahli : 2020

 

Latar belakang

En. Amin merupakan ahli yang aktif dan kerap menggunakan PIK Mengkebang untuk mendapatkan maklumat serta menyiapkan tugasan kerja beliau. PIK ini telah banyak memudahkan segala urusan beliau beserta latihan yang diberikan banyak memberi manafaat kepadanya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

En. Amin tidak mempunyai kemahiran yang cukup dalam penggunaan komputer dan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan yang dibimbing oleh Pusat Internet Komuniti Mengkebang, kini beliau dapat menyelesaikan kerja dengan mudah dan mendapatkan maklumat dengan senang.

 

Keusahawanan - Roslina binti Mat Daud

USAHAWAN PRODUK SUSU KAMBING

Nama  : Roslina binti Mat Daud
Umur : 35 Tahun
Ahli : 2020

 

Latar belakang

Puan Roslina minat dalam perniagaan pada usia muda, dengan membantu keluarga menjual kuih muih secara menjaja. Setelah berhenti kerja di kedai cermin mata pada tahun 2016, berbekalkan modal kecil-kecilan, saya mula berniaga pada tahun 2017 secara dropship barangan kosmetik, makanan segera dan pakaian. Pada tahun 2018 pula saya mula berniaga secara atas talian melalui facebook sebagai ejen jualan. Pada 2020 saya mendaftarkan perniagaan di SSM dan berniaga secara atas talian dengan menggunakan platform shopee kerana lebih mudah dan tidak melibatkan kos pemasaran yang besar berbanding facebook.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500– RM1000 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah terdiri daripada penduduk setempat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau dengan lebih mudah. Pelanggan beliau dari pelbagai tempat yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1500 – RM2500.

 

Keusahawanan - Nor Amelina Shazlin Binti Mohammad

USAHAWAN PRODUK MAKANAN DAN KAIN BATIK VIRAL

Nama  : Nor Amelina Shazlin Binti Mohammad
Umur : 24 Tahun
Ahli : 2020

 

Latar belakang

Cik Nor Amelina merupakan seorang usahawan produk makanan dan menjual kain batik viral separuh masa. Beliau merupakan seorang yang aktif dalam setiap aktiviti yang diadakan di sekitar Kampung Bedal. Beliau telah mula berniaga hasil produk beliau di sekitar Kampung Bedal dan sekitar Kuala Krai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 sahaja dan tidak mengetahui untuk mempromosikan produk beliau melalui atas talian dan media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM1,500.

 

Keusahawanan - Roslinda binti Ibrahim

USAHAWAN PRODUK PAKAIAN

Nama  : Roslinda binti Ibrahim
Umur : 30 Tahun
Ahli : 2020

 

Latar belakang

Puan Roslinda telah mengikuti pelbagai kelas keusahawan shopee yang dikendalikan oleh PIK Mengkebang. Bermula dari minat dia mula melibatkan diri dalam bidang usahawan dengan bermula dari kecilan. Antara produk jualan beliau ialah pakaian kanak-kanak dan wanita serta batik viral. Puan Roslinda juga banyak menggunakan kemudahan di PIK dalam menyelesaikan urusan kerja beliau bagi menyediakan perancangan perniagaannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tidak mahir dengan penggunaan ict dan cara mempromosikan perniagaan di media sosial. Pendapatan beliau juga diantara RM1,000.00 – RM1,500.00 sahaja sebulan. Jumlah produk yang terhad dan pelanggan adalah penduduk setempat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook page, blog serta mengiklankan produk beliau di shopee.com.my sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook, Instagram dan whatsapp serta platform shopee. Adakala juga beliau mempromosikan produk beliau di seluruh nagara dengan menyertai pameran jualan. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3000 – RM4500.

 

Celik IT - Tengku Nur Hanis Binti Tengku Alazmal

KELAS ICT

Nama  : Tengku Nur Hanis Binti Tengku Alazmal
Umur : 19 Tahun
Ahli : 2020

 

Latar belakang

Tengku Nur Hanis merupakan seorang pelajar IPT di KPJ Healthcare University College. Beliau kerap menggunakan PI untuk mendapatkan maklumat dan menyiapkan tugasan kerja beliau. PI ini telah banyak memudahkan segala urusan beliau beserta latihan yang diberikan banyak memberi manafaat kepadanya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tengku Nur Hanis tidak mempunyai kemahiran yang cukup dalam penggunaan komputer dan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, kini beliau dapat menyelesaikan kerja dengan mudah dan mendapatkan maklumat dengan senang.