Keusahawanan - Nor Amelina Shazlin Binti Mohammad

USAHAWAN PRODUK MAKANAN DAN KAIN BATIK VIRAL

Nama  : Nor Amelina Shazlin Binti Mohammad
Umur : 24 Tahun
Ahli : 2020

 

Latar belakang

Cik Nor Amelina merupakan seorang usahawan produk makanan dan menjual kain batik viral separuh masa. Beliau merupakan seorang yang aktif dalam setiap aktiviti yang diadakan di sekitar Kampung Bedal. Beliau telah mula berniaga hasil produk beliau di sekitar Kampung Bedal dan sekitar Kuala Krai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 sahaja dan tidak mengetahui untuk mempromosikan produk beliau melalui atas talian dan media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM1,500.