Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

  1. 1. Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh
  2. merebakkan jangkitan;
  3. 2. Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
  4. 3. Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan 
  5. selepas menyentuh / merawat lepuh;
  6. 4. Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan      menggunakan larutan campuran kloroks;
  7. 5. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
  8. membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.
 
Sekian, harap maklum.

Kemudahan Kesihatan adalah amat penting dalam sesebuah komuniti setempat. Terdapat beberapa Klinik Kesihatan seperti:

 

Klinik Komuniti Sungai Durian.

Antara skop perkhidmatan yang disediakan ialah:

1. Perkhidmatan rawatan ringan seperti demam, batuk, selsema dan penyakit-penyakit ringan yang lain.

2. Rawatan susulan kes pesakit kronik yang stabil dan terkawal seperti Diabetis, Darah Tinggi dan Asma.

3. Prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan membuka jahitan.

4. Membuat notifikasi bagi penyakit berjangkit seperti Demam Denggi.

5. Khidmat Nasihat dan Pendidikan Kesihatan.

 

Klinik Komuniti beroperasi setiap hari (7 hari seminggu) bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam. Kadar bayaran yang dikenakan bagi warganegara ialah RM1 dan Bukan Warganegara RM15.

 

 

Klinik Desa Kampung Keroh.

Nama

Klinik Desa Kg Keroh

Alamat

K.Krai Kelantan

No.Tel

09-966 9873

 
Skop Perkhidmatan seperti:
 

1. Seorang Bidan.

2. Pemeriksaan Ibu-ibu Mengandung dan selepas melahirkan anak.

3. Pemeriksaan Bayi yang baru dilahirkan.

4. Khidmat Pesakit Luar.

 

 

Klinik Desa Kampung Kuala Nal.

Nama

Klinik Desa Kg Kuala Nal

Alamat

K.Krai Kelantan

No.Tel

09-960 0321

 

Skop Perkhidmatan seperti:

1. Seorang Bidan.

2. Pemeriksaan Ibu-ibu Mengandung dan selepas melahirkan anak.

3. Pemeriksaan Bayi yang baru dilahirkan.

4. Khidmat Pesakit Luar.