Kemudahan Kesihatan adalah amat penting dalam sesebuah komuniti setempat. Terdapat beberapa Klinik Kesihatan seperti:

 

Klinik Komuniti Sungai Durian.

Antara skop perkhidmatan yang disediakan ialah:

1. Perkhidmatan rawatan ringan seperti demam, batuk, selsema dan penyakit-penyakit ringan yang lain.

2. Rawatan susulan kes pesakit kronik yang stabil dan terkawal seperti Diabetis, Darah Tinggi dan Asma.

3. Prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan membuka jahitan.

4. Membuat notifikasi bagi penyakit berjangkit seperti Demam Denggi.

5. Khidmat Nasihat dan Pendidikan Kesihatan.

 

Klinik Komuniti beroperasi setiap hari (7 hari seminggu) bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam. Kadar bayaran yang dikenakan bagi warganegara ialah RM1 dan Bukan Warganegara RM15.

 

 

Klinik Desa Kampung Keroh.

Nama

Klinik Desa Kg Keroh

Alamat

K.Krai Kelantan

No.Tel

09-966 9873

 
Skop Perkhidmatan seperti:
 

1. Seorang Bidan.

2. Pemeriksaan Ibu-ibu Mengandung dan selepas melahirkan anak.

3. Pemeriksaan Bayi yang baru dilahirkan.

4. Khidmat Pesakit Luar.

 

 

Klinik Desa Kampung Kuala Nal.

Nama

Klinik Desa Kg Kuala Nal

Alamat

K.Krai Kelantan

No.Tel

09-960 0321

 

Skop Perkhidmatan seperti:

1. Seorang Bidan.

2. Pemeriksaan Ibu-ibu Mengandung dan selepas melahirkan anak.

3. Pemeriksaan Bayi yang baru dilahirkan.

4. Khidmat Pesakit Luar.