Jambatan Gantung Sultan Ismail

image_gallery.png

 

Jambatan Gantung Sultan Ismail dikenali sebagai Jambutan Gantung Sungai Nal lantaran ianya dibina merentangi Sungal Nal yang juga menghubungkan jalan dari Kuala Krai ke Machang. Jambatan ini telah dirasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Ibni Sultan Muhammad IV pada 19 April 1932. Jambatan ini juga merupakan satu-satunya jambatan gantung di Kelantan yang mana jambatan inilah yang menjadi laluan utama menghubungkan penduduk sekitar Kota Bharu dengan daerah ini. Terletak kira-kira 11 KM dari Bandar Kuala Krai.

Reka bentuk jambatan ini menggunakan besi keluli yang begitu teguh dan kuat. Berdasarkan struktur binaanya, jambatan ini dilihat menyerupai kebanyakan jambatan lain yang ada di Eropah. Walaubagaimanapun, pada tahun 1986, jambatan tersebut tidak lagi digunakan sementelah adanya jambatan baru yang dibina bersebelahannya. Selepas itu, Jambatan Gantung Sultan Ismail ini telah dijadikan sebagai warisan sejarah Kelantan.