Keusahawanan - Hairul Nisha Binti Halisa

USAHAWAN PRODUK KESIHATAN

Nama  : Hairul Nisha Binti Halisa
Umur : 23 Tahun
Ahli : 2020

 

Latar belakang

Puan Hairul Nisha  merupakan usahawan sepenuh masa yang terlibat secara langsung dalam menjual pelbagai produk makanan dan produk kesihatan. Puan Hairul telah mula bergiat dalam bidang usahawan ini sejak 3 tahun lepas sehingga kini. Bermula dari berniaga secara kecil-kecilan dan kini beliau telah menjadi stokis bagi daerah Kuala Krai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM800 – RM1000 sahaja sebulan. Jumlah produk yang terhad serta pelanggan bulanan adalah rendah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh negeri Kelantan dan tumpuan utama adalah sekitar Kuala Krai yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000.