Keusahawanan - Roslina binti Mat Daud

USAHAWAN PRODUK SUSU KAMBING

Nama  : Roslina binti Mat Daud
Umur : 35 Tahun
Ahli : 2020

 

Latar belakang

Puan Roslina minat dalam perniagaan pada usia muda, dengan membantu keluarga menjual kuih muih secara menjaja. Setelah berhenti kerja di kedai cermin mata pada tahun 2016, berbekalkan modal kecil-kecilan, saya mula berniaga pada tahun 2017 secara dropship barangan kosmetik, makanan segera dan pakaian. Pada tahun 2018 pula saya mula berniaga secara atas talian melalui facebook sebagai ejen jualan. Pada 2020 saya mendaftarkan perniagaan di SSM dan berniaga secara atas talian dengan menggunakan platform shopee kerana lebih mudah dan tidak melibatkan kos pemasaran yang besar berbanding facebook.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500– RM1000 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah terdiri daripada penduduk setempat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau dengan lebih mudah. Pelanggan beliau dari pelbagai tempat yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1500 – RM2500.