Keusahawanan - Roslinda binti Ibrahim

USAHAWAN PRODUK PAKAIAN

Nama  : Roslinda binti Ibrahim
Umur : 30 Tahun
Ahli : 2020

 

Latar belakang

Puan Roslinda telah mengikuti pelbagai kelas keusahawan shopee yang dikendalikan oleh PIK Mengkebang. Bermula dari minat dia mula melibatkan diri dalam bidang usahawan dengan bermula dari kecilan. Antara produk jualan beliau ialah pakaian kanak-kanak dan wanita serta batik viral. Puan Roslinda juga banyak menggunakan kemudahan di PIK dalam menyelesaikan urusan kerja beliau bagi menyediakan perancangan perniagaannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tidak mahir dengan penggunaan ict dan cara mempromosikan perniagaan di media sosial. Pendapatan beliau juga diantara RM1,000.00 – RM1,500.00 sahaja sebulan. Jumlah produk yang terhad dan pelanggan adalah penduduk setempat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook page, blog serta mengiklankan produk beliau di shopee.com.my sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook, Instagram dan whatsapp serta platform shopee. Adakala juga beliau mempromosikan produk beliau di seluruh nagara dengan menyertai pameran jualan. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3000 – RM4500.