Keusahawanan - Noraini Binti Yusof

USAHAWAN PRODUK KESIHATAN DAN TUDUNG

Nama  : Noraini Binti Yusof
Umur : 30 Tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Puan Noraini merupakan seorang ibu tunggal yang tinggal di Kampung Bedal. Beliau telah mula berniaga bagi menjana pendapatan harian beliau. Bermula dari minat dia mula melibatkan diri dalam bidang usahawan dengan bermula dari kecilan. Antara produk jualan beliau ialah Balut Perut Baby, Tudung Wanita, Anting-anting dan berbagai jenis produk lagi. Puan Noraini juga banyak menggunakan kemudahan di PI dalam menyelesaikan urusan kerja beliau bagi menyediakan perancangan perniagaannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tidak mahir dengan penggunaan ict dan cara mempromosikan perniagaan di media sosial. Pendapatan beliau juga diantara RM700.00 – RM1,000.00 sahaja sebulan. Jumlah produk yang terhad dan pelanggan adalah penduduk setempat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook, serta mengiklankan produk beliau di shopee.com.my sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook, Instagram dan whatsapp serta platform shopee. Adakala juga beliau mempromosikan produk beliau di seluruh nagara dengan menyertai pameran jualan. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1,500 – RM2000.