Keusahawanan - Puan Suhaila Binti Badarudin

USAHAWAN PRODUK MAKANAN DAN KATERING

Nama  : Suhaila Binti Badarudin
Umur : 38 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Suhaila telah berasal dari Kampung Bedal Kuala Krai telah memulakan perniagaan produk berasaskan makanan basah seperti nasi berlauk serta kuih muih. Beliau yang minat dengan masakan juga menyediakan perkhidmatan tempahan makanan untuk sebarang majlis.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah mengikut tempahan dan tidak menentu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan dan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet  Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari sekitar Kampung Bedal dan yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut dan media sosial. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM700 – RM1200.

 

Celik IT - Muhammad Faiz Bin Mah Hussin

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama  : Muhammad Faiz Bin Mah Hussin
Umur : 15 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Saudara Muhammad Faiz merupakan seorang pelajar sekolah menengah di tingkatan 3. Pada tahun ini Faiz akan menduduki peperiksaan PT3. Berkaitan dengan pusat internet Faiz telah dapat menyiapkan kekrja-kerja sekolah yang berkaitan dengan penggunaan komputer. Walaupun kerja-kerja yang diberikan agak susah, namun dengan adanya internet, Faiz dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak mengetahui cara untuk menggunakan komputer bagi menyiapkan kerja atau tugasan sekolah yang diberikan oleh guru.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, kini beliau dapat menyelesaikan kerja dengan mudah dan mendapatkan maklumat dengan senang.

 

Keusahawanan - Cik Amirah Zahirah Binti Mohd Zin

USAHAWAN KAIN TUDUNG WANITA DAN PAKAIAN

Nama  : Amirah Zahirah Binti Mohd Zin
Umur : 20 Tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Amirah Zahirah Binti Mohd Zin yang berasal dari Kampung Bukit Sireh Kuala Krai Kelantan telah berminat mengikuti kelas latihan di Pusat Internet Mengkebang. Beliau mempelajari asas penggunaan Adobe Photoshop bagi kegunaan design dan Microsoft Office.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM800 sahaja sebulan. Amirah juga kurang mahir dalam penggunaan komputer dan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari segenap tempat yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. 

 

Keusahawanan - Zuraihah Binti Muhammad

USAHAWAN PRODUK MAKANAN FROZEN DAN HOMESTAY

Nama  : Zuraihah Binti Muhammad
Umur : 37 Tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Puan Zuraihah merupakan seorang usahawan berkaitan produk berasaskan makanan sejuk beku dan beliau juga menyediakan perkhidmatan penginapan Homestay di Daerah Kuala Krai. Produk makanan sejuk beku beliau dipasarkan seluruh negeri Kelantan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500– RM1000 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah terdiri daripada penduduk setempat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau dengan lebih mudah. Pelanggan beliau dari pelbagai tempat yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. 

 

Celik IT - En. Muhamad Faris Bin Nor

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama  : Muhamad Faris Bin Nor
Umur : 29 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

En. Muhamad Faris merupakan ahli yang aktif dan kerap menggunakan PI untuk mendapatkan menyiapkan tugasan kerja beliau. PI ini telah banyak memudahkan segala urusan beliau beserta latihan yang diberikan banyak memberi manafaat kepadanya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

En. Faris tidak mempunyai kemahiran yang cukup dalam penggunaan komputer dan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, kini beliau dapat menyelesaikan kerja dengan mudah dan mendapatkan maklumat dengan senang.