Keusahawanan - Puan Nurul Sahida Bt Hussin

USAHAWAN PRODUK MAKANAN & KECANTIKAN WANITA

Nama  : Nurul Sahida Binti Hussin
Umur : 30 Tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Puan Sahida Binti Hussin merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau merupakan seorang yang aktif dalam setiap aktiviti yang diadakan di sekitar Kampung Bukit Sireh. Puan Sahida juga telah mengikuti program keusahawanan melalui Amanah Ikhtiar Malaysia. Beliau telah mula berniaga kuih-muih di sekitar Kampung Bukit Sireh dan sekarang telah membuat Kuih Frozen untuk dipasarkan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 sahaja dan tidak mengetahui untuk mempromosikan produk beliau melalui atas talian dan media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM1,500.

 

Keusahawanan - Cik Siti Munirah Bt Mat Jaya

USAHAWAN BARANGAN RUNCIT & MAKANAN TERNAKAN

Nama  : Siti Munirah Binti Mat Jaya
Umur : 26 Tahun
Ahli : 2010

 

Latar belakang

Cik Siti Munirah berasal dari Kampung Bukit Sireh, Kuala Krai Kelantan. Telah mula berniaga sejak 3 tahun yang lepas. Cik Siti Munirah telah menjalankan perniagaan Barangan Runcit serta Makanan ternakan (Dedak) bagi keperluan penduduk di sekitar Kampung Bukit Sireh – Kuala Nal. Cik Siti Munirah mempunyai keinginan yang tinggi untuk terus memaju perniagaan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1500 – RM2000 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah tidak menentu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah dapat mempromosikan produk dan kedai beliau. Pelanggan beliau adalah dari sekitar Kampung Bukit Sireh dan Kampung-kampung yang berdekatan yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM4500.

 

Celik IT - Syamsul Syazwan Bin Saipul Bahari

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama  : Syamsul Syazwan Bin Saipul Bahari
Umur : 20 Tahun
Ahli : 2011

 

Latar belakang

Syazwan telah menjadi ahli PI dari sejak persekolahan lagi. PI ini telah banyak memudahkan segala urusan kerja persekolahan beserta latihan yang diberikan banyak memberi manafaat kepada saya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kesusahan untuk saya menyiapkan kerja sekolah atau kursus disebabkan saya tidak mempunyai kemahiran yang cukup dalam penggunaan komputer dan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, kini beliau dapat menyelesaikan kerja dengan mudah dan mendapatkan maklumat dengan senang.

 

Celik IT - Mohamad Subri Bin Ayup

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama  : Mohamad Subri Bin Ayup
Umur : 30 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Encik Subri merupakan seorang yang bergiat aktif dalam komuniti setempat. Beliau kerap ke PI atas urusan kerjanya dalam penyediaan dokumen dan sebagainya. En. Subri juga banyak menggunakan kemudahan di PI dalam menyelesaikan urusan kerja beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pengetahuan dalam bidang ICT sekadar asas sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah mengetahui tentang penggunaan Microsoft Office dan penggunaan email. Beliau banyak melakukan kerja penyediaan dokumen bagi penyediaan laporan beliau dan mendapatkan maklumat-maklumat terkini.

 

Keusahawanan - En. Mohd Zaidi Bin Mahmood

USAHAWAN SABUN BERASASKAN MADU KELULUT

Nama  : Mohd Zaidi Bin Mahmood
Umur : 35 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Encik Zaidi berasal dari Kampung Sungai Durian Kuala Krai telah menceburi bidang usahawan madu kelulut. Beliau telah menghasilkan sabun berasaskan madu kelulut dan telah memasarkan produk beliau ke seluruh Malaysia.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM800 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah tidak menentu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan dan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet  Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut dan media sosial. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM1800.