Keusahawanan - Hairul Nisha Binti Halisa

USAHAWAN PRODUK KESIHATAN

Nama  : Hairul Nisha Binti Halisa
Umur : 23 Tahun
Ahli : 2020

 

Latar belakang

Puan Hairul Nisha  merupakan usahawan sepenuh masa yang terlibat secara langsung dalam menjual pelbagai produk makanan dan produk kesihatan. Puan Hairul telah mula bergiat dalam bidang usahawan ini sejak 3 tahun lepas sehingga kini. Bermula dari berniaga secara kecil-kecilan dan kini beliau telah menjadi stokis bagi daerah Kuala Krai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM800 – RM1000 sahaja sebulan. Jumlah produk yang terhad serta pelanggan bulanan adalah rendah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh negeri Kelantan dan tumpuan utama adalah sekitar Kuala Krai yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000.

 

Keusahawanan - Noraini Binti Yusof

USAHAWAN PRODUK KESIHATAN DAN TUDUNG

Nama  : Noraini Binti Yusof
Umur : 30 Tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Puan Noraini merupakan seorang ibu tunggal yang tinggal di Kampung Bedal. Beliau telah mula berniaga bagi menjana pendapatan harian beliau. Bermula dari minat dia mula melibatkan diri dalam bidang usahawan dengan bermula dari kecilan. Antara produk jualan beliau ialah Balut Perut Baby, Tudung Wanita, Anting-anting dan berbagai jenis produk lagi. Puan Noraini juga banyak menggunakan kemudahan di PI dalam menyelesaikan urusan kerja beliau bagi menyediakan perancangan perniagaannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tidak mahir dengan penggunaan ict dan cara mempromosikan perniagaan di media sosial. Pendapatan beliau juga diantara RM700.00 – RM1,000.00 sahaja sebulan. Jumlah produk yang terhad dan pelanggan adalah penduduk setempat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook, serta mengiklankan produk beliau di shopee.com.my sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook, Instagram dan whatsapp serta platform shopee. Adakala juga beliau mempromosikan produk beliau di seluruh nagara dengan menyertai pameran jualan. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1,500 – RM2000.

 

Celik IT - Nurdini Syaurah Binti Hanafi

BELAJAR MENAIP DAN KELAS ICT

Nama  : Nurdini Syaurah Binti Hanafi
Umur : 23 Tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Cik Nurdini merupakan ahli yang aktif dan kerap menggunakan PI untuk mendapatkan maklumat dan menyiapkan tugasan kerja beliau. PI ini telah banyak memudahkan segala urusan beliau beserta latihan yang diberikan banyak memberi manafaat kepadanya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Cik Nurdini tidak mempunyai kemahiran yang cukup dalam penggunaan komputer dan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, kini beliau dapat menyelesaikan kerja dengan mudah dan mendapatkan maklumat dengan senang.

 

Keusahawanan - Siti Nur Nabila Syazni

USAHAWAN KESIHATAN DAN KECANTIKAN

Nama  : Siti Nur Nabila Syazni Binti Ismail
Umur : 19 Tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Cik Nabila Syazni merupakan seorang pelajar di Politeknik Kota Bharu. Beliau telah cuba menceburi bidang usahawan secara separuh masa bagi produk kesihatan dan kecantikan wanita. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah mempromosikan produk beliau melalui media sosial seperti Fb dan Instagram. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui Instagram tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM800 – RM1000.

 

Keusahawanan - Nusrah binti Rosli

USAHAWAN PRODUK MAKANAN DAN KECANTIKAN WANITA

Nama  : Nusrah binti Rosli
Umur : 29 Tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Puan Nusrah binti Rosli merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau merupakan seorang yang aktif dalam setiap aktiviti yang diadakan di sekitar Kampung Enggong. Beliau telah mula berniaga kuih-muih di sekitar Kampung Enggong dan sekitar Kuala Krai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 sahaja dan tidak mengetahui untuk mempromosikan produk beliau melalui atas talian dan media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM1,500.