Keusahawanan - En. Muhammad Syazwan

USAHAWAN PERKHIDMATAN PERCETAKAN

Nama  : Muhammad Syazwan Bin MOhd Yusoff
Umur : 23 Tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

En. Syazwan berasal dari Kampung Enggong yang menamatkan pengajian diploma serta telah bekerja dalam bidang percetakan sebelum membuka perniagaannya sendiri. Dari pengalaman sebelum ini beliau telah membuka kedai sendiri di Kampung beliau dengan memberi perkhidmatan fotostat, liminating, binding, percetakan digital seperti banner, banting, flyer dan kad kahwin. Beliau juga menyediakan servis baikpulih komputer serta menjual komputer baru dan terpakai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

En. Syazwan pada sebelum ini sukar untuk mendapatkan bahan dan melakukan urusniaga melalui talian. Beliau juga kurang mahir dengan penggunaan aplikasi adobe photoshop serta ingin mempromosikan kedai beliau di media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini dapat mempromosikan perkhidmatan beliau melalui media sosial. Pelanggan beliau dari sekitar kampung yang berdekatan yang mana mereka mengetahui perkhidmatan beliau melalui facebook/whatsapp group tersebut. Beliau juga telah mahir tentang penggunaan adobe photoshop.

Keusahawanan - Puan Nurul Noraisyah

USAHAWAN PAKAIAN WANITA

Nama  : Nurul Noraisyah Binti Anuar Kamaruddin
Umur : 30 Tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Puan Nurul Noraisyah telah mengikuti kursus jahitan dan pelbagai kelas keusahawan yang dikendalikan oleh Kesedar Kelantan. Bermula dari minat dia mula melibatkan diri dalam bidang usahawan dengan bermula dari kecilan. Antara produk jualan beliau ialah Tudung, Bawal Organza, Shawl, Snowcap dan berbagai jenis pakain wanita. Puan Nurul juga banyak menggunakan kemudahan di PI dalam menyelesaikan urusan kerja beliau bagi menyediakan perancangan perniagaannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tidak mahir dengan penggunaan ict dan cara mempromosikan perniagaan di media sosial. Pendapatan beliau juga diantara RM1,000.00 – RM1,500.00 sahaja sebulan. Jumlah produk yang terhad dan pelanggan adalah penduduk setempat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook page, blog serta mengiklankan produk beliau di shopee.com.my sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook, Instagram dan whatsapp serta platform shopee. Adakala juga beliau mempromosikan produk beliau di seluruh nagara dengan menyertai pameran jualan. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3000 – RM4500.

Keusahawanan - En. Muhammad Fadil Bin Rozali

USAHAWAN KEDAI MAKAN ROTI CANAI

Nama  : En. Muhammad Fadil Bin Rozali
Umur : 23 Tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Encik Muhammad Fadil berasal dari Kampung Batu Jong Kuala Krai Kelantan. Beliau mempunyai minat dalam bidang perniagaan dan telah menceburi bidang perniagaan kedai makan roti canai. Kedai beliau lebih dikenali dengan panggilan kedai Kembar Roti Canai yang terletak di Simpang 3 Kampung Bukit Sireh. Gelaran Kembar Roti Canai ini diambil sempena beliau mempunyai saudara kembar yang telah sama-sama memulakan perniagaan ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak mahir dalam penggunaan ict dan media sosial untuk lebih mempromosikan perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan kedai makan beliau serta produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh kawasan Kuala Krai yang mana mereka mengetahui perniagaan beliau melalui facebook tersebut. Beliau juga mengikuti latihan Microsoft Office.

 

Celik IT - Siti Nur Nabila Syazni Bt. Ismail

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama  : Siti Nur Nabila Syazni Bt. Ismail
Umur : 17 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Siti Nur Nabila Syazni telah mula menjadi ahli PI pada tahun 2017. Kerap kali datang ke Pusat Internet untuk urusan menyiapkan tugasan persekolahan. PI ini telah banyak memudahkan segala urusan kerja persekolahan beserta latihan yang diberikan banyak memberi manafaat kepada saya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kesusahan untuk saya menyiapkan kerja sekolah atau kursus disebabkan saya tidak mempunyai kemahiran yang cukup dalam penggunaan komputer dan internet bagi mendapatkan bahan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, kini beliau dapat menyelesaikan kerja dengan mudah dan mendapatkan maklumat dengan senang.

Keusahawanan - Pn. Sabariah Bt. Abdullah

USAHAWAN JAHITAN PAKAIAN

Nama  : Puan Sabariah Binti Abdullah
Umur : 40 Tahun
Ahli : 2011

 

Latar belakang

Puan Sabariah merupakan seorang surirumah dan beliau begitu aktif dalam bidang jahitan pakaian. Oleh terlalu minat dengan bidang jahitan ini beliau telah banyak mengikuti latihan yang disediakan  bawah Kesedar Kuala Krai. Beliau juga kerap ke pusat internet atas urusan kerjanya dalam penyediaan dokumen dan sebagainya. Puan Sabariah banyak menggunakan kemudahan di PI dalam menyelesaikan urusan kerja beliau bagi menyediakan perancangan perniagaannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tidak mahir dengan penggunaan ict dan cara mempromosikan perniagaan di media sosial. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh sekitar negeri kelantan yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook, Instagram dan whatsapp. Adakala juga beliau mempromosikan produk beliau di seluruh nagara dengan menyertai pameran jualan.