Keusahawanan - Fatin Zulaikha bt. Awang Hamat

USAHAWAN PRODUK KOSMETIK DAN KESIHATAN

Nama  : Fatin Zulaikha bt. Awang Hamat
Umur : 24 Tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Puan Fatin Zulaikha merupakan pekerja di sektor awam. Beliau ingin mencuba untuk membuat perniagaan atas talian (online). Beliau mencuba dengan menjual produk kosmetik dan kesihatan wanita. Beliau mula berniaga secara atas talian dalam 2 tahun lepas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas latihan yang disediakan di PI, puan Fatin Zulaikha  mendapat pendapatan diantara RM800. Dan skop pelanggan tidak meluas serta mempromosikan produk secara offline.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang pernah dihadiri di Pusat Internet  Mengkebang, beliau kini telah mengetahui cara mempromosikan produknya ke pasaran dengan sendiri. Pelanggan beliau dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook dan instagram tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1500 – RM2500.

 

Celik IT - Ameer Farihin bin Aziz

BELAJAR MENAIP DAN KELAS RESUME

Nama  : Ameer Farihin bin Aziz
Umur : 20 Tahun
Ahli : 2010

 

Latar belakang

Ameer Farihin merupakan ahli yang aktif dan kerap menggunakan PI untuk mendapatkan maklumat. Merupakan pelajar di Kolej Vokasional Tanah Merah. PI ini telah banyak memudahkan segala urusan beliau dengan latihan yang diberikan banyak memberi manafaat kepadanya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kesusahan untuk mendapatkan maklumat bagi tugasan kolej atau kursus disebabkan saya tidak mempunyai kemahiran yang cukup dalam penggunaan komputer dan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, kini beliau dapat menyelesaikan kerja dengan mudah dan mendapatkan maklumat dengan senang.

 

Keusahawanan - Muhamad Syahrizan Bin Mat Jaya

USAHAWAN KEDAI CERMIN DAN ALUMINIUM

Nama  : Muhamad Syahrizan Bin Mat Jaya
Umur : 29 Tahun
Ahli : 2010

 

Latar belakang

Encik Syahrizan telah menyediakan perkhidmatan bagi peralatan dan pemasangan aluminium dan cermin. Beliau telah membuka perniagaan sejak 5 tahun yang lalu yang bertapak di Kampung Bukit Sireh.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM2000 – RM3000 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah tidak menentu dan bergantung kepada tempahan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh sekitar Kuala Krai dan Machang yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3000 – RM5000.

 

Keusahawanan - Puan Adlina Binti Musa

USAHAWAN TUDUNG WANITA DAN PAKAIAN

Nama  : Adlina Binti Musa
Umur : 42 Tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Puan Adlina Binti Musa merupakan seorang usahawan tempatan dalam menyediakan perkhidmatan jualan pakaian wanita dan tudung. Puan Adlina juga ada menyediakan perkhidmatan menjahit pakaian untuk sampingan beliau di masa tidak sibuk.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM1000 sahaja sebulan. Jumlah produk adalah terhad dan  pelanggan bulanan adalah tidak menentu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook dan instagram tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM2000. Puan Adlina juga mengikuti Kelas Keusahawanan dibawah Kesedar dan ECER bagi mendalami lagi ilmu perniagaan.

 

Celik IT - Fatin Syazwa Sahira 

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama  : Fatin Syazwa Sahira Binti Awang Hamat
Umur : 20 Tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Cik Fatin Syazwa merupakan ahli yang aktif dan kerap menggunakan PI untuk mendapatkan maklumat dan menyiapkan tugasan kerja beliau. PI ini telah banyak memudahkan segala urusan beliau beserta latihan yang diberikan banyak memberi manafaat kepadanya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Cik Fatin tidak mempunyai kemahiran yang cukup dalam penggunaan komputer dan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, kini beliau dapat menyelesaikan kerja dengan mudah dan mendapatkan maklumat dengan senang.