Nama En. Mahmud Bin Zakaria
Umur : 34 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

En. Mahmud Zakaria berasal dari Kampung Manik Urai Lama Kuala Krai terlibat secara sambilan dalam perniagaan produk makanan kuih bahulu. Telah berkecimpung selama 5 tahun dalam bidang produk kuih bahulu ini dan telah dipasarkan merata tempat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM1000 sahaja sebulan. Jumlah produk dan pelanggan bulanan tidak menentu.Pengetahuan dalam bidang ict juga kurang mahir bagi memperluaskan lagi pemasaran kuih bahulu beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri serta blog yang dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1500 – RM2500.

 


Nama : En. Ruhullqsti B. Hj. Ibrahim
Umur : 23 tahun
Ahli : 2010

 

Latar belakang

En. Qisti bekerja sebagai jurubanci di pejabat Perangkaan Kuala Krai secara sambilan. Beliau yang telah berkahwin dan ingin menambah pendapatan keluarga telah menceburi bidang jualan produk olive oil di sekitar Kuala Krai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak mengetahui cara untuk memulakan promosi produk jualan beliau secara atas talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut.


CELIK IT ADAM BIN OTHMAN

  Nama :  Adam Bin Othman
  Umur :  6 tahun
  Ahli :  2010

 

Latar Belakang

Adam Bin Othman berasal daripada Kampung Bukit Sireh yang kini bersekolah di SM Sains Jeli Kelantan bermula tahun 2015 hingga kini. Saya memperoleh banyak pengetahuan ICT di Pusat Internet ini.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Pengetahuan dalam bidang ICT sekadar asas sahaja.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah mengetahui tentang penggunaan Microsoft Office dan penggunaan email. Beliau banyak melakukan kerja penyediaan dokumen bagi penyediaan kerja kursus sekolah beliau dan mendapatkan maklumat-maklumat terkini. Dengan latihan ICT yang disediakan di PI telah mempermudahkan urusan kerja beliau dan beliau berminat untuk terus mendapatkan khidmat latihan ICT di PI.

 


 

USAHAWAN NURUL IFFAH NABIHAH BT SUHAIMI

  Nama :  Nurul Iffah Nabihah Bt. Suhaimi
  Umur :  19 tahun
  Ahli :  2017

 

Latar Belakang

Nurul Iffah Nabihah Bt. Suhaimi yang berasal dari Kampung Lepan Pauh telah berminat mengikuti kelas latihan di Pusat Internet Mengkebang. Beliau mempelajari asas penggunaan Adobe Photoshop bagi kegunaan design dan Microsoft Office.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM2000 – RM3000 sahaja sebulan. Jumlah produk terdiri daripada cetakan baju Jersi dan Tshirt. Beliau juga tidak tahu menggunakan Adobe Photoshop untuk mengedit gambar-gambar produk beliau.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari sekitar Kuala Krai yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Beliau juga sudah mula tahu pendidikan asas mengenai Adobe Photoshop.

 


 

USAHAWAN RUZAINI BINTI RAHMAD

  Nama :  Patrisha A/P Anthony Samy
  Umur :  40 tahun
  Ahli :  2017

 

Latar Belakang

Puan Patrisha A/P Anthony Samy yang menetap di Taman Sutera Bukit Sireh Kelantan merupakan suri rumah dan telah mencuba untuk menceburi bidang usahawan dengan berniaga barangan kesihatan dan keperluan.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu menggunakan FB ads untuk mempromosikan perniagaan yang dijalankan. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM1000 sahaja sebulan. Jumlah produk adalah pelbagai jenis produk kesihatan dan barangan keperluan.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki page facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM2000. Beliau juga sudah mula tahu untuk membuat FB ads.

 


 

 

CELIK IT NUR SYAMIMI NATAHSA BT MOHD ZULKIFLI

  Nama :  Nur Syamimi Natasha Bt. Mohd Zulkifli
  Umur :  20 tahun
  Ahli :  2017

 

Latar Belakang

Nur Syamimi Natasha Bt. M.Zulkifli merupakan ahli yang aktif berdaftar dengan PI Mengkebang. Berumur 19 tahun lepasan STPM. Berasal dari Kampung Bukit Sireh Kuala Krai Kelantan. Kerap kali datang ke PI dalam urusan menyiapkan tugasan sekolah dan mengikuti kelas latihan yang diberikan.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak mahir menggunakan Microsoft Word untuk memasukkan jadual dan tidak tahu menggunakan Microsoft Powerpoint. Pengetahuan dalam bidang ICT sekadar asas sahaja.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Nur Syamimi kerap datang ke PI bagi mendapatkan maklumat hal pembelajaran bersama kawan-kawan. Beliau juga mengikuti kelas latihan ICT bagi persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

 


 

USAHAWAN MOHD HANAPI BIN MOHD DIN

  Nama :  Mohd Hanapi Bin Mohd Din
  Umur :  33 tahun
  Ahli :  2017

 

Latar Belakang

En. Mohd Hanapi merupakan seorang guru di SK Mempelam Jelawang. Beliau berasal dari Kampung Bukit Sireh. Bermula dari hobi beliau yang suka melancong dan mengambil gambar potret beliau telah mencuba untuk membuat perkhidmatan fotografi.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau bagi fotografi hanya sekitar RM0 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan yang tidak menentu dan disebabkan tugas yang sibuk sebagai guru.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini dapat mempromosikan perkhidmatan beliau. Pelanggan beliau dari seluruh sekitar Kuala Krai yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook dan juga instagram tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM700 – RM2000.

 


 

USAHAWAN NORIZAN BT MA'AROFF

  Nama :  Norizan Bt Ma’aroff
  Umur :  34 tahun
  Ahli :  2016

 

Latar Belakang

Puan Norizan merupakan usahawan separuh masa bagi produk kesihatan, kecantikan dan pakaian bagi produk Serri Bella.  

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu menggunakan FB ads untuk mempromosikan perniagaan yang dijalankan. Beliau juga tidak mahir menggunakan Microsoft Word untuk membuat laporan perniagaan.  

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Beliau juga sudah mula tahu untuk membuat FB ads.

 


 

 

CELIK IT NIK NUR SYAHADAH BT NIK MOHD ZAKY

  Nama :  Nik Nur Syahadah Bt Nik Mohd Zaky
  Umur :  25 tahun
  Ahli :  2010

 

Latar Belakang

Nik Nur Syahadah telah menjadi ahli PI dari sejak persekolahan menengah lagi. PI ini telah banyak memudahkan segala urusan kerja persekolahan beserta latihan yang diberikan banyak memberi manafaat kepada saya.

 Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Kesusahan untuk saya menyiapkan kerja sekolah atau kursus disebabkan saya tidak mempunyai kemahiran yang cukup dalam penggunaan komputer dan internet.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, kini beliau dapat menyelesaikan kerja dengan mudah dan mendapatkan maklumat dengan senang.

 


 

USAHAWAN MOHD ZAINURI BIN ZAHARI

  Nama :  Mohd Zainuri Bin Zahari
  Umur :  30 tahun
  Ahli :  2017

 

Latar Belakang

Encik Zainuri telah menjual daging kambing yang telah siap di perap secara kecil-kecilan disekitar Kuala Krai dan luar Kuala Krai mengikut tempahan pelanggan. Mula berniaga sejak 3 tahun yang lalu. Produk yang dihasilakn dijual secara terus kepada pelanggan ataupun melalui pos.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah mengikut tempahan dan tidak menentu.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan dan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Kuala Krai dan luar dari Kuala Krai yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut dan media sosial. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM700 – RM1500.

 


 

USAHAWAN NIK ROZITA BT NIK MAT

  Nama :  Nik Rozita Binti Nik Mat
  Umur :  46 tahun
  Ahli :  2011

 

Latar Belakang

Puan Nik Rozita Binti Nik Mat merupakan seorang suri rumah dan beliau berminat dalam bidang perniagaan dan baru dalam bidang menjual barangan kemas wanita ini. Beliau telah menjual emas secara kecil-kecilan disekitar Kampung Bukit Sireh dan dalam mencuba secara online.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM0 – RM800 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah tidak menentu.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan dan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook dan email sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Daripada tidak mengetahui cara penggunaan komputer untuk mempromosikan produk beliau kini beliau telah mencuba dengan mula mempromosikan produk beliau melalui Instagram dan whatsapp. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM3000.