Kedai Digital Print Elini Enterprise yang diasaskan oleh Che Mazlan Bin Che Mood bersama isterinya Cik Elinimaslinda Bt Che Muda telah mula berniaga secara kecil-kecilan dengan hanya menyediakan perkhidmatan fotostat, printing dan pembaharuan insuran kenderaan di sekitar Kuala Krai. Pada akhir tahun 2014, musibah banjir besar telah melanda Kuala Krai yang dikenali dengan Bah Kuning telah memberikan kesan yang teruk terhadap perniagaan beliau. Selepas pada itu beliau tidak berputus asa dan terus berusaha meneruskan kembali perniagaan beliau. Dan sehingga kini beliau telah memperluaskan lagi perkhidmatan Digital Print seperti tempahan Kad Kahwin, Business Kad, Flyers, Banner dan Banting, Hardcover Thesis dan pelbagai lagi. Encik Mazlan juga ada menyediakan pembaharuan lesen SSM yang mana masyarakat sekitar Kuala Krai tidak perlu lagi ke Kota Bharu untuk memperbaharuinya selain perkhidmatan pembaharuan insuran kenderaan serta penukaran hakmilik kenderaan. Bagi yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari Elini Enterprise boleh terus ke presmis perniagaan beliau di Lot 1442 Jalan Besar Guchil, Simpang Lampu Isyarat Batu Balai, 18000 Kuala Krai Kelantan atau dengan menghubungi beliau di talian 09-9770078/79.

 

elini enterprise